Make your own free website on Tripod.com

PUSAT ILMU PENYELIDIKAN ISLAM ( P.I.P.I )

PENGENALAN PIPI
BORANG KEMASUKAN
AL-A'AWAAN
AL-RAAHAH
ARTIKEL & PUISI
WARGA PENGGERAK
BUKU PELAWAT
DISCLAIMER

SEDUTAN LAPORAN PERSIDANGAN ISLAM SA-MALAYSIA

DEWAN TUNKU ABDUL RAHMAN

KUALA LUMPUR

PADA 4HB - 7HB MARCH, 1969

 

KERTAS KERJA No.7 (1)

 

PUSAT PENYELIDIKAN ISLAM

OLEH

TUAN SYED ZAINAL ABIDIN BIN SYED ABDUL MUTTALIB JAMALULL’AIL

DAN ENCHE’ ATAN BIN LONG*

___________________________________________________________________

 

 

1.                  LATAR BELAKANG

 

1.1               Ugama Islam telah menjadi ugama resmi Persekutuan Tanah Melayu semenjak negara tersebut menchapai kemerdekaan-nya dalam tahun 1957. Ini sudah sepatut-nya-lah begitu memandangkan bahawa ugama Islam telah lama bertapak di negara Persekutuan Tanah Melayu ini dan kedua ramai jumlah penganut2 ugama tersebut dan yang ketiga kerana ada terchatet dalam Perlembagaan ia-itu ugama Islam adalah-ugama rasmi Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia).

 

1.2               Sunggoh pun ugama Islam telah lama bertapak di-negara Malaysia, tetapi jikalau di-kaji atau pun di-selideki dengan sa-chara lebeh mendalam, maka boleh-lah di-dapati bahawa pengarohnya tidak begitu meluas. Memang benar pada hakikat-nya, semua orang2 Melayu di-negara ini, jikalau di-pandang dengan mata yang kasar, ada-lah berugama Islam atas nama-nya sahaja, ia-ini mereka tiada mengikut ajaran ugama Islam sebagaimana yang sa-benarnya di-fardzukan kepada mereka. Pendek kata, ugama Islam hanya menjadi sebagai sa-bahagian chara hidup atau kebudayaan mereka dan tidak sebagai intisari hidup mereka yang sa-benar-nya.

 

1.3               Sebab-sebab mengapa ada sa-bahagian orang-orang Melayu yang berugama Islam hanya atas ambil nama sahaja boleh-lah di-kaji dari segi sejarah perkembangan ugama Islam sendiri di-Malaysia ini. Sebagaimana di-ketahui, Islam telah berkembang di-tanah ayer kita ini sa-telah ugama Hindu bertapak beberapa lama dan mempunyai jumlah penganut2-nya yang besar. Sunggoh pun pada hakikatnya lambang2 ugama Hindu itu telah dihapuskan, tetapi keperchayaan dan fahaman tentang ugama tersebut maseh terdapat di-kalangan orang2 Melayu yang berugama Islam sa-hingga hari ini. Oleh itu jelas-lah bahawa kemasokkan ugama Islam ka-tanah ayer kita hanya merupakan satu penukaran lambang2 ugama Hindu kapada lambang2 Islam sahaja. Hal ini telah di-rumitkan lagi oleh proses perkembangan Islam yang telah melalui tanah besar India dan Parsi di negara India sebagaimana yang di-ketahui ia-lah puncha perkembangaan ugama Hindu itu sendiri. Sa-lain daripada itu, perkembangan ugama Islam itu telah di-jalankan dengan chara yang agak luar biasa oleh kerana kitab suchi Al-Quran itu telah di-sebarkan melalui bahasa Arab dan tidak dalam bahasa ibunda mereka sendiri. Dengan chara ini ugama Islam telah tidak dapat di-fahami atau di-mengertikan betul2 oleh orang Melayu kechuali melalui orang2 tengah yang mempunyai keistemewaan ia-itu mereka yang mengerti bahasa Arab.

 

1.4               Akibah2 daripada keadaan yang berlanjutan saperti ini maka keadaan ugama Islam di-negara kita boleh-lah diumpamakan sebagai satu pohon besar yang nampak-nya subor dan rendang, tetapi akar tunjangnya telah reput di-makan oleh anai2 dan akan tumbang bila2 masa saja jika di-tiup oleh angin yang kenchang. Tiupan angin kemajuan pada zaman sekarang serta kedudokan ugama Islam pada hari ini. Sa-takat ini boleh-lah di-katakan bahawa ugama Islam di-Malaysia ini hanya mempertahankan diri-nya sebagai satu pasokan yang hampir kekalahan dalam perjuangan dan ini mungkin di-sebabkan oleh orang2 Melayu yang hanya mengaku diri-nya sahaja orang Islam tanpa mengetahui ajaran2 ugama Islam itu dengan sa-benar-nya. Kekurangan pengetahuan tentang ugama Islam itu dengan sa-benarnya telah mengakibatkan ramai dari gulongan anak2 muda keturunan Islam menghindarkan diri-nya dari ugama bahkan telah melemparkan kata2 bahawa Islam ada-lah suatu ugama yang ketinggalan zaman kerana ia tiada dapat mensesuaikan dengan kemajuan hasil dari perkembanagan sains dan teknoloji di-zaman moden ini.

 

1.5               Memandangkan kapada keterangan2 yang di-sebutkan di-atas, maka jelas-lah terdapat unsor2 kelemahan, di-dalam ugama Islam di-Malaysia pada hari ini dan untuk mengatasi-nya maka ada-lah di-shorkan supaya sa-buah pusat penyelidekan Islam di negara Malaysia khas-nya dan tujuan yang di-antara lain2 ia-lah:

 

i)                     Mengkaji Kelemahan atau kemundoran ugama Islam di-negara Malaysia khas-nya dan negara2 Islam yang lain umum-nya.

ii)                   Memperbaiki keadaan tersebut dan sa-terus-nya meluaskan pengaroh2 ugama Islam sesuai dengan perkembangan dan keperluan sains dan teknoloji pada zaman sekarang ini.

 

2.                  TUJUAN

 

2.1.             Sebagaimana yang disebutkan di-dalam perenggan 1.5 di-atas, tujuan yang utama untok menubohkan pusat penyelidekan Islam itu ia-lah untok mengkaji dengan sa-dalam2nya tentang sebab-musabab mengapa pengaroh2 ugama Islam pada masa sekarang ini baik di-negara Malaysia atau pun di negara2 Islam yang lain telah  merosot dari sa-masa ka-samasa sa-hingga telah menimbulkan kebimbangan bahawa ugama Islam pada hari ini telah tidak di-hormati dan dimulia oleh penganut2 agama Islam, sebagaimana yang sa-patutnya. Adalah diharapkan dengan ada-nya pusat itu nanti maka sikap penganut2 ugama Islam yang menyeleweng pada hari ini akan dapat-lah di-perbetulkan dan dengan demikian baharu-lah mereka boleh betul2 menghormati atau memulia ugama Islam sebagai suatu ugama yang suchi yang bertujuan pada keselurohan-nya untok memperbaiki kehidupan mereka  dalam sa-genap lapangan baik dari segi ekonomi, kemasyarakatan, atau pun kebudayaan. Di bawah tujuan pertama ini, boleh-lah di-jalankan penyelidekan tentang keperchayaan karut-marut yang telah bersebati dengan jiwa sa-tengah orang2 Melayu kita sa-hingga mereka menyangka bahawa keperchayaan2 tersebut ada-lah di-ambil dari keperchayaan orang2 Melayu kapada manusia2  keramat ia-itu satu perkara yang pernah berlaku dalam zaman Rasulullah dahulu. Ada-lah di-harapkan bahawa keperchayaan2 yang karut-marut itu akan dapat di-hapuskan nanti apakala pusat tertubohnya pusat Penyelidekan Islam tersebut.

 

2.2.             Tujuan yang kedua ia-lah untok mengatasi kelemahan2 dan kemerosotan  sebagaimana yang di-terangkan di-atas dan selanjut-nya memperbaiki keadaan2 tersebut dengan chara memberi dan menyebarkan penerangan2 yang luas tentang ajaran2 atau amalan2 ugama Islam yang sa-benar-nya berdasarkan kapada Quran dan Hadith sambil mensesuaikan ajaran2 atau amalan2 tersebut dengan perkembangan dalam zaman serba serbi moden ini. Di-bawah tujuan ini boleh-lah di-kaji tentang chara2 hidup baru yang timbul sa-lepas zaman Rasulullah saperti sesuai-kah orang2 Islam memulakan puasa-nya dengan hisab tanpa anak bulan dan sebagainya.

 

2.3.             Pusat penyelidekan ini nanti perlu-lah bekerjasama dengan perbadanan2 ugama Islam yang lain baik di-perengkat kebangsaan atau pun di-perengkat antarabagsa untok mengukohkan lagi semangat Islam samada dari segi amalan atau pun dari segi yang lain.

 

2.4.             Pusat ini tidak akan membataskan penyelidekan-nya terhadap soal2 yang berunsor ugama sahaja tetapi juga akan menumpukan kajian2 atau penyelidekan-nya yang lebeh meluas saperti bagaimana hendak menyebarkan pengaroh2 Islam dan bagaimana hendak memperbaiki keadaan ekonomi, teknologi dan sebagai-nya untuk mengejar kemajuan. Sayugia di-ingat pada satu ketika dahulu ia-itu pada zaman Islam berkembang di-tanah Sepanyol, ugama Islam telah pun menjalankan penyelidekan saperti ini terutama dalam lapangan Ilmu Kimia dan lain2 lagi. Penyelidekan tersebut boleh-lah di-teruskan oleh pusat penyelidekan Islam nanti dengan chara lebeh mendalam dan “sophisticated” lagi.

 

*Nota: ENCHE’ ATAN BIN LONG (Allahyarham Profesor-Al-Fatihah).

© 2004 P.I.P.I. The Webmasters - Tuan Asmawi http://voicetatu.tripod.com & Mohd Suhaimi